Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada 1.27 juta penjawat awam Persekutuan bulan ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada 590,000 pesara kerajaan. Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.
Time is Gold
Tuesday, 9 August 2011
Sunday, 24 July 2011
Posts by : Admin
Tatabahasa
SOALAN 3
1. Adakah panggilan dalam teks ucapan ditulis dengan huruf besar?
Contohnya:
Tuan pengerusi majlis, yang berusaha guru besar,
guru- guru dan rakan-rakan sekalian…
Jawapan
Menurut peraturannya, kata nama am tidak dieja dengan huruf besar (huruf pertamanya). Jadi, “Tuan pengerusi majlis, yang berusaha guru besar, guru-guru dan rakan-rakan” sepatutnya ditulis dengan huruf kecil. Walau bagaimanapun, dalam teks ucapan, tuan pengerusi majlis dan yang berusaha guru besar boleh ditulis dengan huruf besar (pada pangkalnya sahaja) kerana kata tersebut dijadikan panggilan khas untuk merujuk orang tertentu yang berada dalam sesuatu majlis. Maka, huruf besar boleh digunakan seperti dalam nama khas untuk kata Tuan Pengerusi Majlis dan Yang Berusaha Guru Besar, kecuali untuk kata guru-guru dan rakan-rakan kerana kata tersebut ditujukan secara umum kepada yang hadir dalam majlis tersebut.
Posts by : Admin
Tatabahasa
24/07/2011 / AHAD
1. Bezakan makna perkataan Ramai dan Banyak
A. RAMAI (adjektif)
Bersinonim dengan bising: riuh, hiruk, hingar, riuh-rendah, biruk-pikuk, gegak-gempita, hingar-bingar, laguh-lagah, becang-becok.
B. BANYAK
(lebat, rendang, rimbun, bertimbun-timbun, berlonggok-longgok, berlimpah-limpah, melimpah ruah, belembang, belanar, jenuh, melocak, merenyut)
(lebat, rendang, rimbun, bertimbun-timbun, berlonggok-longgok, berlimpah-limpah, melimpah ruah, belembang, belanar, jenuh, melocak, merenyut)
PENJELASAN
Ramai terdiri daripada jumlah yang banyak (berkenaan orang), manakala banyak bermaksud besar jumlahnya atau bilangannya. Kebiasaanya ramai orang merujuk suasana (keadaan) orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala banyak orang orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan. Merujuk contoh ayat yang diberikan "Banyak orang suka makan kuetiau di gerai itu" adalah betul.
2. Kenal pasti ejaan yang betul antara Istirehat dengan Istirahat
Keadaan atau suasana tidak melakukan sesuatu. beristirahat berhenti daripada melakukan sesuatu untuk melepaskan lelah atau penat.
PENJELASAAN
Ejaan betul ialah Istirahat. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan istirahat berasal daripada kata Arab yang bermaksud rehat. Ia bukan terbit daripada kata dasar rehat dan tidak ada istilah istirehat dalam bahasa Melayu. Begitu juga dengan perkataan stoking yang merupakan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris stocking.
Tuesday, 12 July 2011
Monday, 11 July 2011
Posts by : Admin
Posts by : Admin
Posts by : Admin
Sunday, 10 July 2011
Posts by : Admin
Subscribe to:
Posts (Atom)


